Monday 7 May 2012

ICT Menarik Minat Pelajar


 


Teknologi  maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini digunakan secara global dan revolusi ini telah meresap ke seluruh lapisan masyarakat di dunia. Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek  Multimedia Super Corridor (MSC)  telah menempatkan Malaysia dalam  hubungan global antara negara-negara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengoptimunkan penggunaa ICT dalam  dalam mentransformasikan masyarakat kepada masyarakat  Malaysia yang bermaklumat. ICT adalah alat yang menyampaikan  segala bentuk maklumat dan informasi yang digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah bidag pendidikan. Sistem pendidikan yang ingin melahirkan masyarakat yang berteknologi haruslah mempunyai para pelajar yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang tinggi (Brandle dan Malson, 1985). Sehubungan dengan itu aplikasi ICT dalam pendidikan merupakan satu penyelesaian masalah untuk menarik minat pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang lebih berkesan.



Mudah difahami
Kajian yang dijalankan (Abdul Rahin Mohd Saad,1998) terdapat pelbagai jenis penerimaan pembelajaran di kalangan  pelajar, ada yang dapat memahami pembelajaran secara konkrit berbanding abstrak dan sebaliknya.  Bagi   pelajar yang boleh belajar  secara abstrak pembelajaran mudah difahami. Golongan pelajar yang yang menerima pembelajaran secara konkrit, mereka akan mudah faham apabila pembelajaran seperti konsep,   prinsip dan hukum diaplikasikan dalam bentuk rajah, iustrasi, amalan atau latihan.  Penggunaan ICT dalam pembelajaran dapat membantu para pendidik dalam proses pengajaran untuk meningkatkan kefahaman dan keupayaan pelajar dalam pembelajaran.




Pembelajaran yang menghiburkan
Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokan (Disk dan Reiser,1989).  Manusia dapat menyerap sesuatu pelajaran sebanyak 60% daripada apa yang dilakukan, 50% dariapada apa yang disebut, 40% daripada penglihatan, 30%  daripada pendengaran dan 20% daripada apa yang dibaca. Gabungan daripada pembacaan,  visual, audio, sebutan dan perlakuan akan menghasilkan 90% kekuatan daya ingatan seseorang manusia. Penggunaa ICT berasaskan  multimedia dalam pembelajaran memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan kesemua pancaindera semasa proses pembelajaran berlaku. Teknologi  multimedia  mengintergrasikan teks, animasi, video, audio dan grafik mampu mengembangkan proses pembelajaran dan pengajaran ke arah yang lebih dinamik.  Ini mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif menggalakan para pelajar agar berkomunikasi dari pelbagai hala seperti antara pelajar dengan pendidik, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan komputer. Dengan penyepaduan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat meningkatkan pemahaman pelajar serta minat pelajar untuk belajar.


Melatih Sifat Kendiri
BillGates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah keadah pembelajaran konvensional yang memerlukan pendidik memberi arahan kepada pendekatan “hand on” dan menggunakan sepenuhnya  sifat inkuiri  yang ada dalam diri pelajar. Penggunaan ICT membolehkan pelajar meneroka maklumat dengan kapasiti masing-masing. Pembelajaran penerokaan atau “exploratory” membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sebagainya. Internet juga adalah sumber terbesar untuk pencarian khazanah ilmu di dalamnya.  Penggunaan internet dapat membantu untuk mengakses maklumat yang sukar diperolehi.Ini menggalakan pelajar untuk belajar secara kendiri (individual learning).


Menjimatkan Kos dan Fleksibiliti

Negara kita sekarang ke arah pembelajaran berkonsepkan E-pembelajaran dan M-pembelajaran. E-pembelajaran terdiri daripada semua bentuk pembelajaran elektronik disokong dan pengajaran. Maklumat dan sistem komunikasi, sama ada pembelajaran berangkaian atau tidak, bertindak sebagai media yang khusus untuk melaksanakan proses pembelajaran. E-pembelajaran termasuk pembelajaran berasaskan web, pembelajaran berasaskan komputer, peluang pendidikan maya dan kerjasama digital. Kandungan yang disampaikan melalui Internet, intranet / ekstranet, pita audio atau video, TV satelit, dan CD-ROM. E-learning boleh dilakukan di mana-mana lokasi geografi dan, tidak perlu  perbelanjaan perjalanan, pembelajaran seperti ini adalah jauh lebih murah daripada  pembelajaran di institut tradisional.Fleksibiliti adalah manfaat utama e-pembelajaran. E-pembelajaran mempunyai kelebihan mengambil kelas pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Pendidikan boleh didapati bila dan di mana ia diperlukan. E- Pembelajaran boleh dilakukan di pejabat, di rumah, di jalan raya, 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.  E-pembelajaran menepati pelbagai jenis  gaya pembelajaran yang  berbeza. Pelajar dapat menyesuaikan E-pembelajaran ke dalam kesibukan jadual  mereka.  


Melatih Daya Kreativiti
ICT memberi impak positif kepada pelajar kerana ICT membantu pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan. Fokus pembelajaran telah berubah daripada pengajaran berpusatkan pendidik kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Pelajar tidak diajar dengan kuliah dan tutorial yang  membosankan.Tugasan yang diberikan oleh pendidik memperkenalkan pembelajaran secara kontektual. Pelajar yang menggunakan ICT dapat mengusai pelbagai kemahiran seperti penggunaan alatan teknologi, kemahiran berfikir secara kritikal, kemahiran memproses maklumat  dan menggunakan maklumat di tempat yang betul.  Ini membuka peluang kepada pelajar untuk memperlihatkan daya kreatif dan inovatif mereka seterusnya melahirkan pelajar yang berdaya saing. Ini membolehkan pelajar belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.


          Sebagai rumusan daripada hasil perbincangan, kita perlu mansuhkan kaedah  “chalk and talk” kerana tidak lagi relevan pada masa sekarang. Mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada sebuah masyarakat yang bermaklumat, inisiatif untuk menintergasikan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah perlu.




6 comments:

ambo said...

Assalamualaikum, saya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa penggunaan ICT dalam pendidikan dapat menarik minat pelajar. hal demikian kerana, ICT ini adalah sesuatu benda yang baru buat sesetengah dari mereka lalu ia meningkatkan lagi rasa ingin tahu mereka dan secara tidak langsung menambahkan minat belajar. Selain itu, pembelajaran dengan menggunakan kemudahan ICT ini menjadikan proses pembelajaran itu bersifat interaktif. Namun begitu, bagi sesetengah yang lain, mereka mungkin menghadapi masalah untuk mengadaptasikan diri mereka dengan cara baru ini. Lalu ia mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi kefahaman mereka terhadap sesuatu pembelajaran itu. Justeru latihan yang khusus bagi mereka ini mungkin perlu agar mereka mahir dengannya dan dapat meneruskan proses pembelajaran itu dengan normal.

MUHAMMAD SUKRI BIN MUHAMMAD (A128024)

ambo said...

Assalamualaikum, saya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa penggunaan ICT dalam pendidikan dapat menarik minat pelajar. Hal ini kerana penggunaan ICT dalam pendidikan ini adalah satu kaedah baru bagi sesetengah dari mereka. Justeru rasa ingin tahu mereka itu lebih meningkat terhadap cara baru ini dan secara tidak langsung telah turut sama menambahkan rasa minat kepada pelajaran itu sendiri. Selain itu, kemudahan ICT ini juga telah menjadikan proses pendidikan itu tidak lagi bersifat rigid tetapi ia membuka peluang yang lebih luas kepada para pelajar untuk meneroka segala cabang ilmu yang terkandung di dalam ICT itu. Namun demikian, ada segelintir dari pelajar yang menghadapi masalah dalam mengadaptasikan diri mereka dengan cara baru ini kerana kekurangan kemahiran dan kekangan ekonomi yang dihadapi oleh keluarga mereka. Oleh itu, sesetengah dari pelajar itu perlu dibantu agar mereka tidak ketinggalan. Ini dapat dilaksanakan dengan pemberian "notebook" percuma yang menjadi inisiatif kerajaan baru-baru ini. Disamping itu, mereka juga perlu diberi latihan khusus tentang penggunaan ICT ini samaada dilakukan di sekolah atau pun dewan-dewan masyarakat agar mereka menjadi pengguna yang mahir.

MUHAMMAD SUKRI BIN MUHAMMAD (A128024)

Nurfadhilah said...

salam....
saya sangat bersetuju dengan topik perbincangan. Teknologi dalam pendidikan menarik minat pelajar untuk belajar. Ini disebabkan oleh penggunaan ICT dalam bidang pendidikan memudahkan untuk mereka belajar,memahami dan menyeronokkan. Para pendidik harus dilatih untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan mengenai ICT untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran.

Nur Syahirah said...

Assalamualaikum
Pada pandangan saya penggunaan teknologi dalam pendidikan amat perlu seiring dengan perkembangan teknologi yang kian membangun. Berdasarkan apa yang telah dibincangkan ternyata banyak faedah yang boleh kita dapat apabila penggunaan ICT diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Bukan sahaja pelajar yang dapat faedah malah rata-rata para pendidik bersetuju mengatakan proses pengajaran menjadi lebih mudah dan menarik sekiranya ICT digunakan.

Unknown said...

salam....
Penggunaan ICT dalam pendidikan sangat relevan pada masa sekarang. Selaras dengan kemajuan ICT di Malaysia ,pendedahan ICT dalam bidang pendidikan dan digunakan dalam proses pembelajaran memudahkan proses komunikasi dua hala antara individu. ICT menjadikan proses pebelajaran menyeronokkan selain itu ia memudahkan golongan yang sedang berkhidmat meneruskan pembelajaran.

siniaryati jepon
A127840

siti fatimah said...

salam....
ICT dalam pendidikan adalah relevan pada masa sekarang. Pelajar harus didedahakn dengan penggunaan ICT kerana terdapat banyak manfaat daripada penggunaanya. ICT memudahkan pelajar untuk sambung belajar dan proses menimba ilmu dapat dilakukan dimana-mana. ICT dalam pendidikan memahirkan pelajar dan pendidik dengan penggunaan teknologi seterusnya melahirkan masyarakat yang kretif,inovatif dan maju.

Siti Fatimahnur