Sunday 6 May 2012

10 Photo Teknologi Dan Inovasi


T-12H  Pengesan Kaser Payudara

T-12 Pengesanan Payudara Inframerah adalah satu instrument kesihatan yang baru yang dapat  menangani masalah yang berkaitan dangan payudara. Mesin ini membantu wanita peka terhadap sebarang perubahan payudara dari masa ke semasa. Satu kaedah yang cepat, tepat, saintifik dan tanpa memusnahkan sel-sel untuk mengesan penyakit terumanya kanser.

Mesin ini menggunakan  cahaya infrared untuk menembusi tisu-tisu  pada payudara. Produk ini digunakan dalam keadaan bilik yang gelap. Maksimum cahaya merah  digunakan untuk menembusi tisu pada payudara tetapi hanya sedikit sinaran sahaja dapat menembusi tisu pada payudara.Sinaran tersebut  dapat mengesan sel yang tidak normal yang ada pada payudara  walaupun pada peringkat awal sel cancer terbentuk. T -12H ini juga diserap oleh hemoglobin apabila menembusi salur darah.

Selain itu, alat ini dapat mengesan perubahan pada kulit di sekitar payudara dimana kulit berubah menjadi seperti kulit buah oren dan penebalan tisu di payudara disebabkan oleh adanya lumps.   Semua cahaya daripada instrument ini boleh digunakan seberapa kerap yang pengguna suka tanpa sebarang kesan sampingan yang memudaratkan. 



 Infrascanner

Banyak kes kematian berpunca daripada kecederaan di bahagian otak. Otak merupakan organ yang paling penting dalam mengkoordinasikan sistem dalam badan manusia. Apabila seseorang mengalami kecederaan di bahagian otak, penilaian yang cepat  amat diperlukan  untuk memberikan rawatan  yang betul secepat kepada pesakit kerana setiap saat menentukan risiko kecederaan atau kematian seorang pesakit.

FDA telah meluluskan peranti ONR yang dipanggil sebagai  infrascanner , iaitu alat mudah alih dan ringkas  yang mampu mengesan pendarahan dalam dan disekeliling otak. Darah yang berkumpul akan diserap berdekatan  cahaya merah yang dikeluarkan oleh infrascanner. Infrascanner tidak dapat menyerap darah yang mengalir, ciri-ciri inilah yang membolehkan infrascanner membezakan samada pesakit mengalami pendarahan otak atau tidak. 

Alat ini digunakan dengan cara meletakkan di atas kepala dan digerakan disekeliling kepala pesakit. Alat ini akan mengeluarkan bunyi apabila mengesan perubahan dalam isipadu darah dalam lapisan otak samada di lapisan dura mater,instrumen ini mengambil masa kurang dari dua minit untuk mengesan pendarahan otak.

Alat ini sangat ringkas, mudah alih dan tidak merbahaya kepada pesakit mahupun pengendalinya. Alat ini berupaya mengantikan mesin  CT scan dan magnetic resonane yang mengambil masa yang lama untuk mendapatkan keputusan dan sukar untuk dikendalikan.


Kaki Bionic


Kaki bionic direka khas oleh Universiti Vanderbilt bagi pesakit yang kehilangan kaki untuk bergerak. Alat ini dicipta bagi menggantikan kaki tiruan  konvensional yang mengheret kaki apabila pesakit bergerak. Pergerakan tersebut menyusahkan pesakit dan membuatkan pesakit tidak merasa selesa.  Kali tiruan yang lama menyukarkan pesakit melakukan  pergerakkan seperti  menaiki , menuruni tangga dan berjalan di atas perukaan yang tidak rata. Pergerakan pesakit terbatas, pesakit tidak boleh bermain permainan yang mereka gemari seperti bola sepak. Pesakit yang mempunyai kaki tiruan mempunyai perasaan malu dan rendah diri apabila berjalan di tempat awam.

Kini kaki bionic dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pesakit yang kehilangan kaki. Kaki bionic menggunakan kemajuan terkini dalam komputer,sensor, motor elektrik dan teknologi bateri untuk memberi keupayaan bionik. Ia adalah kaki palsu pertama dengan lutut berkuasadan sendi pergelanngan kaki yang beroperasi secara serentak.  Sensor diggunakan untuk memantau pergerakkan pengguna.  Kaki bionic dilengkapi micropemproses yang diprogram untuk meramal pergerakan seterusnya yang cuba di lakukan oleh pengguna. Micropemproses ini memudahkan pergerakan pengguna seperti menaiki tangga ,berjalan, duduk malah pengguna dapat melakukan pergerakan untuk menuruni cerun iaitu pergerakan yang paling sukar untuk dilakukan dengan menggunakan kaki palsu yang lama. Pengguna akan berasa selesa apabila berjalan di tempat awam kerana dapat bergerak  dengan  lancar tanpa diketahui oleh orang awam yang mereka menggunakan kaki palsu.

Kaki bionik sangat ringan, dan bertahan lama selepas dicas. Ia dapat berfungsi selama tiga hari atau berjalan terus menerus  sejauh 13 hingga 14 kilometer. Ciptaan terbaru ini banyak telah mengurangkan pengeluaran bunyi jika dibandingkan kaki palsu yang lama. Penghasilan penciptaan kaki bionik merupakan titik tolak untuk menghasilkan pula tangan bionik. Ini cetusan idea daripada kaki bionik yang dapat menyelesaikan masalah pengguna.



Graphene Nanosensor Tattoo


Pencemaran bakteria merupakan yang membimbangkan di negara ini malah jika lambat dikesan dan diberi rawatan ia boleh membawa maut. pengesanan awal bakteria adalah penting untuk memberi rawatan antibiotik yang sesuai sebelum bakteria menjadi kebal terhadap antibiotik tersebut dan perlu ditukar kepada antibiotic yang lain.


Pengesanan awal bakteria patogenik adalah penting untuk mencegah wabak penyakit dan mengekalkan kesihatan awam. Kaedah dianostik konventional yang sukar untuk dibuat, lambat memperolehi hasil dan kurang sensitiviti terhadap patogen merupakan masalah yang dihadapi oleh kakitangan makmal perubatan dalam pengesanan bakteria.


Satu pasaukan saintis diketuai oleh Fiorenzo Omentto di Universiti Tufts dan Micheal C.McAlpine di Universiti Princeton, kini telah menemui satu pendekatan baru untuk pengantaraan pasif, Graphene Nanosensors yang tanpa wayar ke biobahan melalui bioresapan sutera. Imej optik sensor tanpa wayar graphene biotransferred di lekatkan ke permukaan gigi.Graphene ini mampu mengesan cecair yang sangat sensitif terhadap bakteria patognik. Alat tersebut juga mempunyai sensor dan menghantar maklumat melalui aplikasi tanpa wayar. Graphene Nanosensora ini juga diprogram untuk mengesan pelbagai jenis bakteria patogenik.

Alat ini menjadi sistem pertahanan pertama kepada badan sebelum makanan masuk ke dalam perut. Selain itu, ia dapat membantu manusia untuk mengelak daripada keracunan makanan dan memudahkan pihak kesihatan untuk memberikan rawatan awal.



        Pill Kamera



Edoskopi pil berkamera  satu lagi inovasi dalam dunia kesihatan.  Pil edoskopi ini mejadikan endoskopi satu prosedur yang senang dilakukan berbanding dengan kaedah lama yang sakit dan tidak selesa. Pil kamera endoskopi yang berukuran kurang daripada satu sentimeter ditelan oleh pesakit dan akan menghantar gambar setiap tiga saat  trek gastrousus. Kamera ini boleh  berfungsi selama sebelas jam  tanpa henti. Kelebihan  endoskopi pil ini ialah doctor boleh melihat ke dalam usus kecil pesakit untuk mengesan sebarang penyakit yang tidak boleh diakses dengan menggunakan kaedah yang lama.

Pil ini tidak memerlukan sebarang  pelali dan boleh digunakan sebagai prosedur  pesakit luar kerana gambar boleh dihantar terus kepada penerima. Selain itu pil ini dilengkapi aplikasi gentian nipis fiber yang memudahkan doctor melaras kedudukan alat tersebut di dalam badan. Alat ini boleh diberhentikan pada suatu tempat untuk memudahkan doctor menganalisis keadaan dengan lebih tepat.





Ambulight PDT

Peratusan penghidap beningn  kanser kulit terus meningkat di dunia. Berdasarkan peningkatan tersebut satu inisiatif diambil untuk merawat penyakit tersebut. Kemajuan  teknologi dalam bidang perubatan menghasilkan sebuah alat yang dinamakan ambulight. Ambulight digunakan oleh penghidap bening kaser kulit untuk membuat rawatan sendiri di rumah atau dimana-mana sahaja dan tidak perlu untuk tinggal hospital.

Ambulight terdiri daripada pelekat yang mempunyai ubat untuk memusnahkan sel-sel  kanser. Ia menggunakan  photodynamic terapi disertakan dengan krim yang sensitif cahaya   boleh dilaras dalam memusnahkan kanser kuit. Alat ini mesra pengguna dan juga mudah untuk digunakan. Pesakit hanya perlu meletakan krim ke atas kawasan kulit yang mempunyai sel kaser dan diikuti dengan  plaster kemudian aktifkan cahaya merah berkeamatan yang rendah selama enam jam untuk membunuh sel kanser.

 Kelebihan menggunakan ambulight ini pesakit tidak merasa kesakitan semasa proses rawatan dan ianya tidak meninggalkan sebarang parut. Berbeza  dengan kaedah lama yang memerlukan pesakit menjalani pembedahan untuk membuang sel kaser kulit  ianya  meningalkan parut kepada kulit pesakit.  Ini menyebabkan pesakit menolak untuk  membuat rawatan tersebut kerana mereka malu kesan parut selepas pembedahan. 






Ultrasound Mudah Alih

Syarikat yang dikenali sebagai Mosente  telah mengenalpasti satu penyelasaian yang menarik melalui gabungan WindowsTM  dan dunia perubatan  untuk menghasilkan imbasan ultrasound  mudah alih. Alat ini menggunakan probe disambungkan kepada telefon mudah alih untuk mendapatkan keputusan.

Alat ini digunakan untuk melihat  pembesaran bayi di dalam kandungan ibu.  Memalui alat ini ibu dapat melihat perkembangan organ-organ bayi mereka. Alat ini juga dapat mengesan ketidaknormalan yang berlaku keatas janin walaupun pada usia kandungan baru seawal empat minggu.

MobiUS  adalah singkatan kepada “mobile ultrasound scan” juga menggunakan aplikasi tanpa wayar untuk menghantar keputusan terus melalui e-mail dan computer untuk tujuan cetekkan dan analisa. Alat ini sangat ringan dan ringkas berbanding mesin ultrasound  sekarang yang besar dan sukar untuk dikendalikan.

Alat ini juga sesuai untuk kegunaan di  klinik-klinik yang berada di luar bandar  bagi tujuan pemeriksaan  kesihatan ke atas ibu-ibu hamil. Alat ini dapat menyelamatkan nyawa ibu dan bayi kerana pengesanan awal penyakit dapat dilakukan.

Pada bulan Februari 2011,   Mobisente menerima anugerah berprestij daripada  anugerah Inovasi Kesihatan di Kongress Dunia Mudah Alih atas ciptaan MobiUS. Anugerah ini berdasarkan kepada  penilaian respoden yang berpuasa hati dengan kelebihan alat tersebut.





Calesca


Pemanasan susu bayi secara sekata dan lembut adalah sangat penting bagi mengekalkan khasiatnya. Vitamin dan nutrisi  adalah komponen yang terdapat dalam susu. Bahan ini sangat sensitif terhadap suhu. Suhu yang terlampau panas menyababkan segala vitamin dan nutrisi musnah. Calasca sebuah alat menggunakan pemanasan profil yang perlahan dan lembut untuk memastikan suhu susu tidak melebihi suhu sepatutnya yang boleh menjejaskan komposisi susu dan seterusnya, membantu untuk mengekalkan nutrisi dan vitamin.

Pengendalian susu badan menjadi  mudah dan fleksibel dengan Calesca. Cara penyediaan susu badan juga lebih pantas dan optimum. Terdapat dua sistem yang berasingan boleh digunakan iaitu panas dan cair memberikan fleksibiliti dalam pengendalian susu. Contohnya susu ibu boleh disimpan di dalam peti beku dan hanya dicairkan apabila diperlukan dengan menggunakan calesca seterusnya diberi terus kepada bayi. Selain memanaskan susu, ia juga boleh dilaraskan mengikut  jumlah susu yang hendak diberikan kepada bayi dalam tempoh tertentu. Alat ini dipasang kepada tiang iv drib dan diletakkan di sebelah katil bayi.

Calesca dilengkapi bekas  pakai buang di mana bekas  yang diletakkan susu didalamnya akan dibuang apabila susu habis diberi kepada bayi. Ini bagi memastikan kebersihan susu terjamin dan menggelakkan bayi daripada jangkitan daripada proses pengendalian susu yang tidak bersih. Bekas  ini dilengkapi dengan label  untuk  mengisi maklumat seperti nama bayi, tarikh dan masa. Bekas pakai buang ini senang untuk dikendalikan. 





 Berus Gigi Laser

Dental.M adalah berus gigi laser pertama di dunia yang menggunakan  terapi  laser  berkeamatan  rendah  untuk merawat dentin yang sensitiviti. Berus gigi  Dental.M  laser  bukan  hanya untuk mengurangkan kesakitan malah ianya adalah penawar untuk gigi yang sensitif.  Terbukti secara klinikal oleh hospital terkemuka dan university    mengenai keselamatan dan keberkesanan, Dental.M merawat  gigi, memutihkan gigi, memulihkan  kesihatan  gigi dan memberi kelegaan langsung untuk kesakitan gigi yang sensitif.  


Teknologi laser ini juga menghalang pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan baktria seperti endocarditis oleh yang demikian, pengguna dapat menjaga kebersihan mulut dan gigi yang sihat. Dental M sangat selesa dan mudah untuk digunakan dengan reka bentuk ergonomik dan kalis air. Kepala berus boleh digantikan menjadikan peranti ini sangat menjimatkan dan berpatutan.









Pemantauan SIDS

Walaupun kejadian sindrom kematian bayi secara mengejut terus menurun sejak beberapa tahun yang lalu, ianya masih menjadi punca utama kematian bagi bayi yang berumur 1 hingga 12 bulan. Satu alternative baru untuk memantau pergerakan bayi yang dipanggil SIDS.

SIDS mudah alih ini seberat 30 g diletakan pada bayi, ianya sangat sensitive kepada pergerakan seperti pergerakan  pernafasan.  Lampu berwarna hijau akan menyala sekiranya terdapat pergerakan bayi. Jika bayi tidak bergerak dalam 15 saat alat berkuasabateri ini menaktifkan getaran denyutan untuk merangsang pernafasan bayi. Teknik ini dikenali sebagai “rangsangan kulit” digunakan di hospital untuk penjagaan neonatal di wad. Sekiranya tiada gerakan daripada bayi selepas 5 saat berlalu, alat ini akan mengeluarkan penggera yang boleh di dengar.













No comments: